Layakkah kita?

Soalan: 
Kenapa ada ramai orang yang ikut usrah, tapi dia still tak berubah gak?

Tarbiah ni, ada TIGA bahagian secara ringkas:
1)Tarbiah jam'iyyah(Tarbiah beramai-ramai).- Contohnya, usrah, katibah, daurah, dan yang sama waktu dengannya.
2)Tarbiah fardiah(Tarbiah seseorang kepada seseorang yang lain).-Seperti naqib kita datang personal kat kita, atau ada orang datang tegur dan bimbing kita face to face, personal.
3)Tarbiah Dzatiah(Tarbiah diri kita kepada diri kita sendiri!)-Seperti amal fardi kita, pembacaan kita dan segala-gala amal yang kita buat untuk diri kita.

****Antara TIGA ni, sebenarnya, TARBIAH DZATIAH adalah penentu, kau jadi orang yang hebat dalam tarbiah dan dakwah atau tidak!*****
Bayangkan, kalau kau just harapkan tarbiyah jam'iyyah dan fardiyyah untuk kau jadi baik, mustahil. 

Kenapa? Kau tengok betul-betul.Usrah setiap minggu sekali. Sekali paling-palingpun 3 jam. Kalau sebulan, jadi 12 jam. Itupun kalau kita datang tiap minggu.Katibah dan daurah, sebulan sekali. Katibah biasa start lepas maghrib, campur-campur, ada dalam 15 jam. Itupun kalau kita datang.Riadhah tiap minggu sekali dalam 3 jam. Sebulan, jadi 12 jam.Di tambah program-program umum dan sebagainya, kasi extra 5 jam. Juga, kuliah-kuliah di surau dan masjid yang kita pergi, tambah lagi 5 jam.Dan, masa yang kita luang untuk pegang anak buah usrah(bagi yang jadi naqib), tambah lagi 12 jam.*****Jadi, kalau tambah tambah: 12+15+12+5+5+12=61 jam.Sebulan ada 720 jam.61/720x100=8%!!!

Bermakna, kita pergi usrah selama ni, katibah dan lain-lain, kita baru guna 8% jam kita untuk agama! Inipun ramai yang tak dapat komit. Baru 8 peratus syeikh! Takkan itu pun kita tak mampu dan sering memberi alasan?Lagi 92% jam adalah, kita dengan diri kita sendiri! Tarbiah Dzatiah!!Sebab itulah, kalau kita guna 92% jam tu untuk tarbiah diri kita, qiam, baca quran, zikir pada Allah, tingkatkan pembacaan buku-buku fikrah dan dakwah, solat jemaah 5 waktu, tinggalkan maksiat dan sebagainya!Kerana itu, kita boleh tengok, ramai je orang yang ikut
usrah, tapi kenapa dia tak berubah lagi? Kerana, dia gunakan 92% waktunya untuk perkara yang sia-sia.Muhasabahlah. Dahlah 8% tu pun kita datang tak datang, 92% lagi buat benda yang mengarut. Adakah kita layak masuk syurga dengan pengorbanan yang amat memalukan ini?Ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)