38 Wajibal Al-Akh

38 Wajibal Al-Akh

1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. 

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. 

4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. 

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. 

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. 

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. 

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. 

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. 

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. 

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. 

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. 

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya

16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir

17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. 

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. 

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. 

25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. 

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. 

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya

36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam

37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah andaterutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. 


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)