Aku Budak Tarbiah

Bismillahi Allahuakbar
Terpukul dengan coretan ini..

[Aku Budak Tarbiah]

Budak tarbiah
Yang dulunya malam ku tak lena memikir ummah.
Yang dulu taujihatku berdegar-degar menggugah.
Yang dulu menjaga segala ibadah.
Tak pernah serik walau dihempas mehnah.

Aku budak tarbiah.
Yang dulu syadidku bertempat.
Bermuamalah menjaga ikhtilat.
Yang dulu pandanganku tersekat.

Kini, ada apa pada budak tarbiah?
Konon sudah serik berjuang
Ingin berehat tanpa tekanan.

Apa jadi pada budak tarbiah?
Bangun malam pun sudah jadi perkara luar biasa.

dulu Zikir dan tilawah meniti di bibir segar.
Kini hanya perbualan sia2 menghuni bibir gersang.


Hambar.

Mana hilang budak tarbiah?
Apa khabar iman?
Adakah masih segar?
Adakah masih berhati tegar?

Apa khabar ummah?
Adakah masih kau hiraukan?
Atau hanya menyempitkan fikiran?
Baitul muslim asyik diutarakan?


Aku rindu..
Pemuda2 yang tidak tidur lena memikirkan masalah ummah.
Aku rindu pemuda2 yang serius dalam mencari penyelesaian masalah.
Aku rindu pemuda2 yang sering bermuhasabah saat diterajang mehnah.
Aku rindu pemuda2 yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata2 ingin meneruskan langkah juang.
Aku rindu pemuda2 yang menangis menginsafi akan dosa2 tarbiah yang mereka lakukan.
Aku rindu pemuda2 yang setia walau terus diherdik dikritik dibenci manusia.
biar mereka terus menghina, tapi selagi kebenaran yang kita perjuangkan, selagi itu segala kesakitan tidak dihiraukan!

Jangan hilangkan 'budak tarbiah'.
Yang ditarbiah demi perjuangan Islam.
Apakah kita hanya mampu melihat?
Generasi2 kita diselubungi masalah sedangkan masalah hadir lantaran dosa2 tarbiah yang kita tinggalkan??

Andai gerakan kita punya masalah, ingatlah, dosa kita mungkin menjadi punca pada hilangnya nusrah.

Andai gerakan kita dihentam hebat,
Ingatlah segalanya MUNGKIN adalah cerminan pada jauhnya kita pada Tuhan.

Bukan ingin melemahkan semangat,
Tapi aku ingin menegur agar aku turut ditegur.


Kerana aku tahu, bukan kau tak sedar.
Tapi kadang2 kita buat2 tak kisah.

Muhasabah diri semula.
Jangan jadikan tarbiah kita tarbiah retorik.
Habis berhempas pulas, terus mengangkat tangan.
Seolah2 perjuangan itu terhenti setakat di situ. Noktah.

TOLONG Jangan berhenti, sampai kedua belah kakimu menjejak Syurga.

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)