Ulangkaji: Al Fatihah
Ulangkaji:
Saat اَللّهُ MENJAWAB AL-FATIHAH dalam solat kita"
Ramai sekali orang yang membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.
Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman:
"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU."
■ Artinya, tiga ayat di atas Iyya ka na'budu Wa iyya ka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.
■ Ketika kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin". اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkan-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU memuja-KU."
■ Ketika kita mengucapkan “Iyya ka na’ budu wa iyya ka nasta’in”, اَللّهُ SWT menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU.”
■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinas sirotol mustaqiim, siratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladdhoolliin.” اَللّهُ menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta.”
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Jika artikel Ini bermanafaat sila sampaikan kpd famili & sahabat2 kita walaupun satu ayat..
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada."
(HR. Muslim).
Wallahu'alam.
.
Comments