Tadabbur hadith 1

Hadith 1 yang disusun oleh Imam Nawawi dalam satu aspek menunjukkan betapa rahmahnya Allah s.w.t dalam memberi kesenangan untuk hambaNya untuk melaksanakan ibadat. 

Setiap perbuatan yang berlandaskan Syariat jika niatnya kerana Allah dan Islam Insyaallah akan mendapat ganjaran pahala. Lihat kepada kerja memetik buah atau apa-apa yang berkaitan dengan kerja perladangan.

Dari satu pandangan, kerja tersebut nampak tidak banyak manfaatnya. Tetapi cuba kita tetap niat kepada Allah dan Islam seperti:

🍑Dengan buah yang dipetik, moga2 salah satu dapat menarik seseorang terhadap Islam dek kerana keenakannya.

🍒Dengan menunjukkan kesungguhan serta disiplin kerja yang mantap. Moga-moga pekerja dan pemilik ladang dapat melihat sisi Islam dan tertarik untuk mengenalnya.

🍐Melalui buah-buahan yang dipetik, kita ingin mengenal Allah, pencipta seluruh alam, justeru merapatkan hubungan dengan Rab kita.

Dengan menetap niat yang betul, secara langsung kita telah meletakkan satu destinasi serta kerangka dalam disiplin pekerjaan yang membolehkan kita semakin produktif dalam kerja memetik buah justeru mendapat ganjaran pahala di setiap buah yang dipetik.

Begitu hebat sekali hadith 1 dan benarlah bahawa Rasulullah diturunkan untuk menyempurnakan akhlak seluruh manusia.

Wallahualam.

#repost #tazkirahjumaat #projekusrah

Comments

Popular posts from this blog

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

Tazkirah Demi Masa

FCPO Daily - 8 August (Opening)