"TaaHaa" [Part 2]

Salam alaikum wbt,

Ok jom sambung bukak quran balik. We continue from previous post.


[4]
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
[6]
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
[7]
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
[8]
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.


Seterusnya dalam sambungan ayat daripada yg sebelum ini, Allah menceritakan pula tentang dirinya. Jika sebelum ini tentang alquran, seterusnya Dia menceritakan pula perihal dirinya yg Maha Kuasa. Serba sedikit, kita dapat mengenali sifat Allah daripada kumpulan ayat diatas. Antara sifat/cirinya yg di-highlight ialah:
1) PENCIPTA LANGIT DAN BUMI
2) YG MAHA PEMURAH (AR-RAHMAN)
3) BERSEMAYAM DI ARASY
4) PEMILIK SEGALA YG DIDALAM LANGIT DAN BUMI SERTA DIANTARANYA, SERTA DIBAWAH BUMI
5) MENGETAHUI SEGALA RAHSIA
6) YG MENDENGAR DOA
7) HANYA YG LAYAK DISEMBAH
8) MEMPUNYAI NAMA YG INDAH/BAIK (ASMA'UL HUSNA)

Jika kita fikirkan, teknik penceritaan yg menarik telah digunakan. Setelah Dia perkenalkan alquran, dijelaskan pula sifat "penulis" alquran itu. Dengan mengenalan sifat ini, maka sewajarnya pembaca alquran itu bersama lebih percaya kpd "penulis"nya, bahkan rasa lebih tertarik untuk membacanya kerana ia lebih mengenali "penulis"nya. Sama juga seperti novel2 atau buku2 yg kita pilih untuk baca. Jika penulisnya tak terkenal, teringin ke kita nak baca? Dengar saja nama Habiburrahman El-Shirazy, Ramlee Awang Mursyid, J.K. Rowling dan ramai lagi, pasti terus kita beli buku mereka. Contoh lain, filem yg ditonton. Dengar saja nama pengarah2 yang hebat2, pasti terus nak tengok cerita tu.

Bahkan juga, dalam surah ini, tujuan Allah memperkenalkan dirinya adalah supaya pembaca terasa lebih mempercayai kandungan dan isi alquran ini. Kerana dalam kisah seterusnya, kisah nabi Musa adalah antara kisah yg akan dibawakan. Dengan cirinya sbg seorang pencipta alam yg maha hebat, maka tidak mustahil Dia juga telah mengukir indah kisah Musa didalam sejarah yg dulu-dulu, yg pastinya bermanfaat buat kita dimasa ini.

Kumpulan ayat diatas ini sangat berkait rapat dengan ayat yg sebelum ini. Jika sebelum ini kita bahaskan bahawa alquran bukanlah sbg sesuatu yg diturunkan utk menyusahkan kita. Jadi, make sense lah kenapa Allah menceritakan pula ciri2 nya yg super Maha Kuasa, kerana, dia maha menciptakan segalanya, serta maha mengetahui apa yg bakal dan telah terjadi. Setiap segala sesuatu berada di dalam genggamannya, tanpa ada sesuatupun yg terahsia daripada pengetahuannya. Oleh sebab ini, mustahil jika Dia ciptakan sesuatu tanpa mengetahui sebab dan hikmahnya. 

Peringatan buat kita juga. Mintalah apa2 daripadanya. Bergantung haraplah hanya kepadaNya. Serahkanlah diri hanya kepadaNya. Kerana hanya Dialah pembantu dalam setiap segala hal. Jika ada masalah, pohonlah penyelesaian daripadaNya, kerana yakinlah bahawa setiap ujian itu pasti kita dapat lalui. Dia Maha Mengetahui.

Kerana alquran itu bukan diturunkan utk memberi masalah,
maka bacalah ia, kerana di dalamnya pasti ada penyelesaian serta ubat penenang jiwa paling muwajarab. Kata org2 alim, alquran ini bila kita baca tanpa ketahui maksudnya - ini pun dah beri ketenangan. Jika memahami maksud dan mesejnya, impaknya lebih besar, bukan setakat tenang bahkan dapat bekal lebih utk menghadapi hidup yg berbagai rintangan dan ujian.

Semoga dapat iktibar semua daripada 8 ayat pertama surah TaaHaa ini.

Allahu'alam, Wassalam.

Sumber gambar: Google Images




Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)