"Taahaa" [Part 1]

Salam alaikum warah matullah,

Dah lama tak menulis >.<

Kurang seminggu yang lalu, kami menerima kunjungan Pakcik (Ustaz) Nouman Ali Khan (NAK), a famous youtuber - with his Bayyinah.tv. Please subscribe as you will be amazed with all the content ^_^. Kunjungan Pakcik NAK memberi perkongsian berkenaan Surah Taahaa.

Saat ini masih tak terfikir kehebatan surah ini hinggakan mampu menjadi surah yg mengetuk pintu Sayyida Umar al-Khattab.

Surah ini merupakah surah ke 20 dalam al-quran yg mana disusun selepas surah alkahfi (18), kemudian surah maryam (19). Kedudukan surah ini sebagai surah ke-20 sebenarnya bukanlah tiada sebab, namun pastinya susunan Allah itu yg terbaik dan sesungguhnya letaknya ia selepas surah alkahfi dan maryam pastinya membawa sambungan mesej daripada surah-surah sebelumnya. Ini muqaddimahnya.

Bahagian pertama, saya akan membawakan sedikit tadabbur (nanti saya post apekejadahnye menda ni :D) berkenaan surah ini hasil refleks selepas mendengar pengisian Pakcik NAK, dari ayat 1-3 sahaja. Perkongsian Pakcik NAK dulu pun dapat cover lebih kurang 30 ayat sahaja, jadi x dapatlah nk tadabbur satu surah ye >,<

Bismillah,
[1]
Taa’ Haa.
[2]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

Permulaan yang menarik perhatian. Seperti yg kita tahu surah ini berkenaan kisah nabi Musa, namun permulaannya bukanlah tentang nabi Musa. Teknik penceritaan yg menarik, bahkan mesej berkenaan al-quran diletakkan di awal surah ini. Yakni mesej yg menerangkan bahawa al-quran ini bukanlah diturunkan untuk kesusahan.

Awas! Kebanyakan tafsir al-quran akan terus meletakkan ayat ini sepertinya untuk nabi Muhammad saja. Contohnya seperti yg saya kopipes diatas, ...kepadamu (wahai Muhammad). Awas! Kalau tiap kali kita baca ayat yg dlm kurungannya tertulis 'wahai Muhammad', sampai bila kita nk rasa yg Allah turunkan ayat itu untuk kita? Dalam situasi ayat diatas, bacalah ayat tersebut yg membawa mesej directly kepada kita juga, bukan sahaja untuk nabi Muhammad. Quran ni kan petunjuk utk kita kan? 

Dan untuk ayat diatas, penterjemah meletakkan '(wahai Muhammad)' kerana ayat itu diturunkan kerana rasulullah dikecam hebat dalam membawa mesej alquran kpd kaum Quraisy di Makkah. Dan pengajaran buat kita, especially yg bergelar Daie dalam membawa mesej al-quran kpd masyarakat, jangan gundah gulana atau berasa susah kerana sesungguhnya apa yg kita bawa ini adalah sama dgn apa yg dibawa oleh rasulullah. Jadi sebarang kesusahan, harus kita contohi pengorbanan rasulullah SAW. Happy? ^_^

Seterusnya, ayat diatas juga membawa mesej alquran seterusnya iaitu hanya utk menjadi peringatan bagi orang yg takut melanggar perintah Allah. Maksudnya org yg tak ingin tergolong dlm golongan yg takut melanggar perintah Allah, maka dia sendiri sebenarnya yg tidak mahu menjadikan alquran peringatan baginya. Jadi mesej kedua adalah, alquran ini seharusnya menjadi peringatan bagi kita, dalam setiap masa serta apa jua perbuatan kita :)

Sekian sahaja bukan kali ini, sampai jumpa :D

Allahu'alam, wassalam.

Credit gambar: Google Images

Comments

Popular posts from this blog

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

Tazkirah Demi Masa

FCPO Daily - 8 August (Opening)