Aku Marhaen, Kita Semua Marhaen. Maka BERTAUBATLAH!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia diciptakan sebagai alpa, lalai, marhaen (byk melakukan silap), lemah dan pelupa. Oleh sebab itu dengan sgt mudah kita melakukan dosa. Namun itu tidak sewajarnya dijadikan alasan utk melakukan dosa, sama ada secara senyap2 atau terang2an.

Banyak sekali disebut dalam alquran bahawa Allah menyuruh manusia utk bertaubat setelah tersedar daripada melakukan kesalahan, seringan2nya kita disuruh sentiasa beristighfar - semudah2 cara utk kembali kepada Allah.

Disebut juga dalam al-Quran "hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" - ini merupakan satu tips daripada Allah bagaimana ubat yg sepatutnya kita cari ketika dalam masalah. Saya katakan begini kerana manusia kerap melakukan dosa ketika mencari penyelesaian dalam masalah. Ditambah pula tekanan yg dihadapi dalam masalah tersebut, maka ia menyukarkan kita untuk memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Oleh itu, kembali lah kpd Allah dalam apa jua keadaan sekali pun.

Di ingatkan utk diri saya sendiri agar sentiasa bertaubat dan beristighfar setiap masa agar sentiasa terpelihara drpd dosa2 yg melalaikan. Kepada rakan2, juga dinasihatkan utk berbuat demikian. Sekiranya ada diantara kita yg menyimpan rahsia tentang keburukan seseorang, maka rahsiakanlah, atau lupakanlah - kerana sesungguhnya barangsiapa menyorok aib seseorang, makan Allah akan memelihara aib nya ketika diakhirat kelak.

Sentiasa berdoa agar diampunkan dosa2 lama.

Allahu'alam,
Wassalam.

Sumber gambar: 2.bp.blogspot


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)