Aku kini di Melbourne!

Salam wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Jutaan kesyukuran dipanjatkan kpd Allah swt atas doa yg tak pernah Dia terlepas mengkabulkan. Benarlah ayat quran 2:186, Allah sgt dekat dgn kita dan mengkabulkan permintaan dan doa,

6 bulan di Malaysia slps graduasi drpd Vic Uni of Welly, NZ, bertugas sbg Research Assistant di Malaysia Genome Institute - satu pengalaman baru dlm hidup. Atas sedikit tekanan dlm tugas harian, serta tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana (Master), merupakan satu rezeki besar drpdNya. Tambahan, dgn kelayakan ijazah sarjana muda tanpa kepujian, tawaran ini seolah bulan jatuh ke riba. Juga berkat doa, alhamdulilah kini diberikan peluang olehNya.

Adalah sesuatu yg x wajar dilupakan, bahawa kemanapun bumi ini dipijak, sudah pasti tugas menyemai benih takkan pernah dilupakan dlm hidup. Mohon doa lg drpd nya smoga tugas hamba ini diredhoi, insyaallah.



Melbourne - Rumah baru. Sekitar Pekan Windsor, dalam sebuah negeri Victoria, diatas bumi indah Allah ini kaki ditapaki. Malaysian Hall Melbourne, tempat tinggal baru, semoga menjadi saksi segala usaha ini nanti. Semoga Dia redha.



Diharapkan dunia baru yg aku tempuhi ini bakal menjanjikan 1001 makna dlm kehidupan ini. Nasihat terakhir, jadilah kamu pembantu agama Allah, kelak dia akan membantumu dan memperkukuhkan kedudukan mu dalam deen ini (47:7). Berangkatlah kamu dalam keadaan senang mahupun susah, utk berjihad dijalan Allah (9:41).

"Mencari redha Ilahi tak semuda memasak megi" -quoted Inche Gabbana.



Allahualam.
jerzey_mk


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)