Dunia Manakah Yang Lebih Baik Selain Akhirat?

Salam wbt.

Manusia seringkali lalai dengan ujian dunia, tak kira apa pun jenis ujian, pasti ramai yang tewas. Sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran (3) ayat 185: "Kehidpuan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan".

Bukankah kita sering membaca al-quran? tapi kenapa macam tak pernah jumpa je ayat ni? ke kita tak perasan? ke kita sekadar MEMBACA al-quran dan bukannya menTADABBUR al-quran(QS4:82)? bukankah dalam al-quran sendiri Allah menyuruh kita mentadabbur al-quran? Tepuk dada tanya selera iman kita.

Sekalian manusia, hatta ketika bulan ramadan pun, masih ramai yang tidak merasai nikmatnya pahala dan ganjaran yang Allah sediakan buat kita pada bulan yang super-istimewa ini. Apa masalahnya dengan kita ni ye agaknya? Tepuk dada tanya selera iman kita.

Mungkin terlalu banyak yang kita perlu muhasabahkan, bahkan perlunya dilakukan setiap hari. Tanpa muhasabah kita tidak akan mampu berperilaku "humble" kepada Allah. Masakan kita mampu sedangkan kita sendiri tidak memikirkan kecil nya kita ini jika dibandingkan dengan Allah. Namun Allah lah yang Maha Penyayang, tidak dikiranya kita ini sekecil mana, namun setiap amal kita bahkan sebesar zarah pun dikiraNya. MasyaAllah.

Selamat Bermuhasabah diri, jadikan bulan ramadan ini sebagai bulan mencermin diri kita sebenar kerana musuh kita yang utama yakni encik Syaitan telah pun diikat. Penting skali kita jadikan ramadan ini sebagai training ground agar dapat kita rasakan bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhiratlah yang kekal.

Wallahu'alam. Jazakallah khayr.


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)