Si Kacak yang Comel


Salam alayk...

Kali ini nak berkongsi tentang tadabbur satu surah dalam quran... surah berkenaan seorang jejaka tampan yang kacak lagi comel... siapa lagi kalau bukan Nabi Yusuf A.S.... 

Serba-serbi tentang surah ini;

-Surah Yusuf, surah ke 12, mempunyai 111 ayat, majoriti ayat adalah Makkiyah (dari segi ciri2 nya, pokok perbincangannya, suasananya, bayangannya, saranannya, serta berciri2 genting dan mencemaskan)...

-diturunkan ketika saat2 genting dalam sejarah dakwah dan dalam hidup Rasulullah serta kaum Muslimin Makkah; masa tahun duka nabi (hilang org kesayangan/beri semangat/bantuan) -> masa perjanjian al-Aqabah pertama dan kedua (hijrah/jalan keluar)...

-surah ini mempunyai teknik penceritaan yang sangat menarik.. 
1)pendahuluan; ayat 1-3

الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ [١٢:١]

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
﴿١﴾


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ [١٢:٢]
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
﴿٢﴾


نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ [١٢:٣]
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
﴿٣﴾





2)kisah yusuf bermula; ayat 4 (dimulakan dari ayat 3)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ [١٢:٤]
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
﴿٤﴾



3)kesimpulan yg bersesuaian dgn pendahuluan; 102

ذَٰلِكَ مِنْ أَنبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۖ وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ إِذْ أَجْمَعُوا أَمْرَهُمْ وَهُمْ يَمْكُرُونَ [١٢:١٠٢]
(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).
﴿١٠٢﴾


Bermula ayat 3 hingga ke 2 muka surat terakhir, kisah yusuf ditamatkan… lalu kesimpulan dalam ayat 103.. teknik penceritaan yg mengkagumkan; imbas kembali, kemudian yusuf memberi tahu bahawa SEGALA kisah2 yg berlaku ke atasnya (dalam sepanjang surah ini!) adalah berdasarkan tafsiran mimpinya (ayat 4).. subhanallah! ingin merasai sendiri..? silalah baca sendiri surah ini keseluruhannya :)

SELAIN ITU, surah ini juga memberikan nasihat2 berguna buat kita... bermula ayat 101 hingga 111...

1) doa; ayat 101

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ [١٢:١٠١]
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".


*senantiasalah berdoa kpd Allah agar dimatikan kita dalam islam, dan senantiasa kita dihubungkan dgn org2 soleh!


2) ayat 103

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ [١٢:١٠٣]
Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).


*sepertinya bapa saudara rasulullah.. atau pemimpin2 quraisy yg ditarget oleh nabi Muhammad, maka tidak semuanya akan diberikan hidayah oleh Allah, walhal baginda sgt menginginkannya... begitu juga kita... namun ingtlah bahawa Allah itu maha Mengetahui!


3) ayat 106

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ [١٢:١٠٦]
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.


*Peringatan Allah bahawa mmg ramai yg akan tidak menyahut seruan dakwah kita.. namun ia tidak wajar utk dijadikan alasan utk tidak menyeru kpd Allah!


4) ayat 108

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ [١٢:١٠٨]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."


*INILAH JALANKU! AKU DAN ORG2 YG MENURUTKU, MENYERU MANUSIA UMUMNYA KPD AGAMA ALLAH BERDASARKAN BUKTI DAN KETERANGAN YG JELAS DAN NYATA!!! (hafal ayat ni =))


5) ayat 110

حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ ۖ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ [١٢:١١٠]
(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.


*Setelah letih yg tersangat2 berusaha....PERTOLONGAN ALLAH itu pasti datang!


Dan yang paling pasti.....ENDING YANG MANTAP!!!… ayat 111

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ [١٢:١١١]
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."



Rujukan: alQuran, Tafsir Zilal


Comments

Popular posts from this blog

Setiap insan adalah istimewa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?