S. P. M.

Apa perasaan anda pertama kali melihat atau terbaca perkataan ini? FOBIA? TERKESIMA? CUAK?

Sudah pasti pelbagai perasaan menjelma! Namun buat yg sudah melepasi SPM, sudah pasti berasa lega, atau "hah, ini bukan lagi urusan aku!"

Pada musim akhir2 tahun ni, adik2 ramai yang sibuk dengan peperiksaan.. ada yang sibuk nak fly.. ada yang sibuk nk tamatkan zaman persekolahan… dan sudah pasti, ramai yg menjalani peperiksaan S.P.M., ataupun Sijil Pelajaran Malaysia.. dan lebih ramai yg telah tamat peperiksaan itu... gembira bukan?


Namun dalam blog entry kali ini, bukan nk perkatakan tentang Sijil Pelajaran Malaysia tu, tapi nk cakap tentang Sijil Penilaian Mahsyar.. S.P.M. jugak kan? =)

Bercakap tentang perihal SPM - M=Mahsyar, tiada siapa pun yang tahu tarikhnya, tempatnya sudah pastilah di Mahsyar.. Namun apa yg lebih penting adalah siapa kita ketika itu.. dan apa persediaan kita menghadapinya...

Kehidupan dunia yg melalaikan sudah pasti mengganggu persiapan kita ke alam ini..  Banyak sekali peringatan allah dalam alQuran mengenai ini..

1)Al-an'am: 32
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

2)Al-'ankabut: 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

3)Hadid: 20
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak…

4)Muhammad: 36
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta...

Jadi.. apakah tindakan kita... atau mahu sekadar berdiam diri? COME ON, DO SOMETHING! persiapkan diri anda dalam menghadapi S.P.M. yang sebenar ini... jika mahu tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat di mahsyar kelak....

Ikuti video menarik dan menyentuh hati, Rasulullah menangis di padang mahsyar...



Wallahu'alam, Wassalam.



Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)