bisness

Salam alayk,

insyaAllah ingin berkongsi tentang sesuatu yang mungkin menarik minat anda... "BISNESS"

adakah anda seorang yg minat menjalankan perniagaan? atau dgn kata lainnya, anda minat ber-bisness, mungkin mata duitan (=P), atau business-minded... ? saya pasti majoriti akan mengatakan, YA! SAYALAH ORANGNYA!

jika andalah orangnya, saya ingin bertanya lagi, mengapakah, atau atas tujuan apakah anda minat atau menjalankan bisnes ini? saya pasti majoriti akan mengatakan, SUDAH PASTILAH UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN! APA DITANYA LAGI?

nah, beginilah realitinya, ramai diantara kita yang menjalankan bisnes@perniagaan, atas tujuan utama mendapatkan keutungan.. namun hasrat mulia ini tidaklah disalahkan serta merta... asal cara dan niatnya yg betul, apa nk disalahkan, benar kan?

namun sedarkah kita, bahawa sesungguhnya terdapat satu jenis perniagaan yang direkodkan di dalam al-quran.. ianya dicatatkan dalam surah as-saff (61), ayat 10-11...


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ [٦١:١٠]

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [٦١:١١]

"Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kpd Allah SWT dan Rasulnya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah SWT dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yg sebenarnya)" QS 61:10-11


Sekarang bagaimana perasaan anda? mahukah anda menyahut tawaran ini? bukan mainan, kerana ianya tawaran drpd Yang Maha Tidak Memungkiri Janji.. maka percayakah kita dengan tawaran ini? anda pasti? seyakin-yakinnya pasti? nah, saya beri peluang anda menjawab persoalan ini sendiri.

jika kita kaitkan ini dengan perniagaan duniawi yg kita perkatakan diawalnya, sudah pasti kita tidak akan menolak tawaran ini, kerana kita mengetahui dan yakin bahawa tujuan kita menjalankan bisnes adalah untuk mengaut keutungan, dan sekiranya tawaran perniagaan yg disebut dalam al-quran itu kita sahut, dengan yakinnya, kita pasti menjawab, DENGAN PERNIAGAAN INI, AKU JUGA AKAN UNTUNG! tambahan pula yang menawarkannya adalah Yang Maha Tidak Memungkiri Janji.


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh...." QS 9:111

Dalam satu lagi firmanNya seperti yang disebutkan diatas, bukan sahaja Dia menawarkan tawaran perniagaan, malah berkata bahawa Dia akan membeli JIWA dan HARTA dengan membayar SYURGA kepada kita, seandainya kita menerima tawaran perniagaannya... bukan terlalu susah untuk menyahut tawaran ini.. "Beriman kpd Allah dan Rasul, serta berjuang dengan harta dan diri untuk membela agama".. tips yang mudah untuk berjaya dalam perniagaan... BUKAN?

"Siapakah yang menepati janjinya selain dari Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung"

sampai disini sahaja coretan kali ini, moga ambil iktibar, dan share pada rakan2.. wassalam.



Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)