All Blacks vs Les Blues, Counting Days

Salam alayk semua,

Lagi beberapa hari saja lagi, perlawanan akhir rugbi piala dunia antara New Zealand dan France akan berlangsung.. Mungkin kehangatan kejohanan ini tidak dirasai di seluruh dunia, namun kami di sini, bahangnya amat menyengat. Pastilah kerana kami negara tuan rumah, kalaupun tak nak ambil tahu pada awal nya, akhirnya akur juga dengan tempias bahang yang semakin sampai ke penghujungnya ini. Apa salahnya sekali sekala kan? :-)

Bercakap tentang sukan, mungkin ramai yang menganggapnya satu kegiatan jahiliyyah, ya, anda mungkin benar, tapi hanya sekiranya ianya melampau2, i.e sampai solat lewat, sampai tak solat, sampai sanggup berjaga malam tp tanak qiam sbb tgk bola, sampai sanggu pegi tgk game ramai2 tapi tak sanggup bersolat jemaah... itu barulah jahiliyyah.. tapi setakat sikit2, pada pandangan saya, insyaAllah tak da masalahnya.. 

Apa pun, saya amat menantikan perlawanan akhir ini, anda ? :-D

Lawati website rasmi IRC RWC 2011: http://www.rugbyworldcup.com/

Saksikan!


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)