umat ini.

umat ini
mengapa kau begini?
tindakan mu sungguh dikesali
jika nabimu masih disini
pasti ia turut mengesali


umat ini
sampai bila kau mahu jadi begini?
ajal maut tetap menanti
suatu hari pasti kau akan pergi
takkan begini amalanmu nanti?


umat ini
sungguh ku tangisi
seksa azab tidak kau ambil peduli
walau syurga indah menanti
akhir nanti pasti kau ratapi


umat ini
bilakah kau akan akhiri
jalan yang lurus harus kau kembali
amal yang dusta harus kau benci
agar dirimu kan tenang abadi


umat ini
umat ini tetap sentiasa aku doa-i
agar kita bersama capai kejayaan nanti
agar aku tidak kau soal-i
moga tuhan merahmati.

Comments

codeless said…
umat kini ibarat buih lautan..

Popular posts from this blog

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

Tazkirah Demi Masa

FCPO Daily - 8 August (Opening)