.islam?.



Bismillah.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Semoga semua pembaca dirahmati Allah!

Melihat tajuk diatas, sudah pasti anda telah mendapat idea, bahawasanya tajuk perbincangan pada kali ini, setelah berkarat blog ini, adalah mengenai 'islam'.

Jika masing2 daripada kita ditanya tentang "islam", sudah pasti bertalu-talu jawapan yang akan keluar. Namun sudah pasti jawapan yang dikeluarkan oleh setiap individu itu berbeza. Masakan jadi begini? Bukankah islam itu satu? Bukankah islam itu sama saja? Apa yang membezakannya? Nah, tepuk dada, tepuk kepala, cuba anda tanya diri anda sendiri! =)

Perbezaan pendapat mungkin berlaku berdasarkan kefahaman setiap individu yang berbeza. Sepertimana yang diceritakan hadis, jawapan2 Rasulullah juga berbeza-beza, apabila baginda ditanya mengenai islam. Begitu juga persoalan mengenai; apakah amalan yang boleh membawa kita ke syurga?, jawapan Rasulullah juga berbeza-beza kan? **Betulkan saya jika salah tang ini**

Seterusnya, walau apa pun jawapan anda, yakinlah bahawa islam itulah yang satu yang diturunkan directly daripada Allah kepada rasul2, untuk disampaikan kepada kita. Marilah kita berusaha ke arah itu, Marilah kita mencari kefahaman islam yang sempurna, kefahaman islam yang sebenar, kefahaman islam yang sepertimana Rasulullah dan para sahabat faham!

Sesungguhnya firman Allah dalam al-Quran; MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHAN! (QS 2:208)" Maka hendaklah kita menuruti kehendak Allah yang ini. Wajiblah kita menyempurnakan hak Allah Yang Menciptakan kita. Sesungguhnya al-Quran itu Kitab Allah yang benar, seperti mana disebut dalam Surah al-Baqarah ayat ke-2.

Duhai pembaca sekalian! Ambillah islam secara keseluruhan; dari aspek pakaian, perlakuan, percakapan, penglihatan, pemakanan, pemikiran, pengurusan diri, ilmu pengetahuan, dan keseluruhannya! Sesungguhnya barulah begini dikatakan islam itu ad-deen kita kan? =)

Sekian sajalah buat kali ini, panjang2 nanti tak best baca. Jazakallah khair. Wallahu'alam.

Comments

Anonymous said…
salam...

alhamdulillah.. bgus2.. permulaan yg baek... he2... tulis lg wan.. hari2 tulis....

akak tk smpat le nak tulis skrg ni...

chayok2 kakandamu ini bg sokongan! gambatte!
Fatin Aliyya said…
islam is the way of life.proud to be a muslim n i hope i n all of us act and behave as a muslim.insya llah.

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)