Setiap insan adalah istimewa

bertemu kembali, salam.

mari sambung perbincangan yang lalu..

tentang islam yang sebenar.. kefahaman islam yang kita anuti sejak lahir.. alangkah bersyukurnya kita mendapat nikmat itu sejak lahir, sedangkan rasulullah, abu bakar as siddiq, umar dan ramai lagi mengalami zaman jahiliah tanpa islam, sedangkan kita sejak lahir lagi telah diasuh dengan cara islam - terima kasih kepada ibu ibu dan bapa bapa. Namun hakikatnya, ini semua tidak bererti jika kita hanya kenal islam disebabkan asal keluarga. Tidak seperti rasulullah dan lainnya yang memahami islam itu sendiri dengan hati, bahkan sanggup mempertahankan akidah kepada Allah. Inilah kesan yang sangat jelas kalau kita faham islam itu secara mendalam. Oleh sebab itu, aku ingin mengajak anda semua ke jalan ini - jalan memahami islam yang sebenar. Mulakan usia kita seterusnya ini sebagai satu hayat yang baru - Age of Enlightenment. Usia2 pencerahan ini perlu kita lakukan segera agar kefahaman islam itu menyerap ke dalam darah daging kita, agar kita terus membesar dengan kefahaman yang sebenar, seperti mana rasulullah faham islam itu..

SETIAP MANUSIA ADALAH ISTIMEWA

Siapa kita yang sebenarnya? Manusia? Muslim? Kenapa saya mengatakan yang setiap manusia adalah istimewa? Cuba anda fikirkan tentang diri anda sendiri. Apa kelebihan saya? Pandai melukis? Pandai berpidato? Pandai membaca? Pandai berlari? Jika masih tidak percaya yang masing2 daripada anda adalah istimewa, cuba tanya rakan anda. Jika masih segan, cukuplah sekadar bertanya kepada aku. Maka hanya dengan melihatmu seketika, aku akan dapat mencari apakah kelebihan mu. Kerana aku yakin bahawa setiap manusia adalah istimewa dan ada kelebihan masing2. Mari kita ambil contoh mudah. cuba lihat gambar dibawah ni... apakah kelebihan mereka?




Sekarang.. yang ni pula...




*kalau tak tahu siapa yang dalam gambar tu,boleh la google, ataupun tanya je kepada aku :)


Baiklah, mereka2 yg dalam gambar tu sudah terkenal dengan kelebihan mereka masing2. Mereka istimewa. Mereka dikagumi. Mereka berpengaruh. Mereka adalah Siti, Mawi, Lennin (Pemimpin Nazi). Semua mereka dikenali ramai disebabkan kelebihan mereka tersendiri. Bagaimana pula dengan kita? apakah kelebihan kita?

Saya tinggalkan anda sejenak untuk berfikir. Siapakah Aku? Apakah kelebihanku?


Hint untuk next post:

Potensi@Kelebihan anda akan hebat sekiranya...
i)Tahu menggunakannya.?
ii)Betul penggunaannya..?


Jazakalllah.

Comments

Mr. Stalker said…
keep it up... haha... buang lagu beb.. nnti orang annoying.. x nk bkk blog ko... haha...
zaidmujahid said…
tu la pasal...btol kate Mr.Stalker di atas...annoying sggh lagu tu..
Anonymous said…
salam.
eh, xle "mute"kn ke lagu tu.??
hmmm..
Anonymous said…
assalamualaikum :) hi..

blog ni menarik..well done! penuh dgn ilmu..:) sy sbnrnya salah seorang kwn awk kt fb dan tak pelik la sy jumpa blog ni..

btw, sy ad terbaca statement awk yg, "sy rs takde masalah, asalkan makna still sama" berkenaan dengan terjemahan ayat al-Quran. Sy mengikuti thread tersebut dan musykil dengan pendapat itu. Jadi, sy telah bertanyakan org yg lebih arif tentang hal agama tanpa membuat andaian sy sendiri..

Beliau berkata:

Kita harus betul-betul mendalami setiap aspek sebelum menterjemahkan sesuatu terjemahan/ayat. Al-Quran sangat halus perinciannya. Jangan kita kata terjemahan yang diberi tidak memberi impak pada manusia; sebanyak mana ia meresap ke dalam jiwa mereka kerana ia bergantung kepada hidayah kurniaan Allah.

Sebelum membuat penilaian, kita harus teliti dahulu Nahu, Balaghah, Asbabul Nuzul, dan sebagainya bagi ayat itu dengan sedalam-dalamnya. Untuk ayat yang awak tulis tempohari, sy dimaklumkan, ceritanya berkisar dgn keengganan org Islam untuk pergi berperang. Wallahualam. Ia berbunyi dengan nada yang lembut dengan sebab tertentu. Cuba awak kaji, bukannya tiada ayat Al-Quran yang bernada dengan keras. Sbg contoh, Celakalah dan sbginya :) Maka, ada hikmah disebalik terjemahannya. :)

Tambahan pula, terjemahan ayat Al-Quran telah disusun dan diterjemah oleh ulama2 yang terkenal. Saya tahu, awak sudah sedia maklum :) Mereka ada sebab mengapa ayat tersebut diterjemahkan dengan nada sebegitu dan mereka sangat-sangat mahir dalam Nahu, Balaghah dan at least, kita tak dapat menandingi kelebihan itu. Justeru itu, jangan kita pertikaikan siapa yang menterjemahkan walaupun mereka hanyalah manusia biasa. Mereka merupakan insan terpilih dan ahli cendekiawan :)

Jikalau awak mahu bagi orang terasa, adakah awak dapat pastikan mereka betul2 terasa? wallahualam. Ini berkenaan hidayah Allah.. :) Kalau awak terjemahkan balik "Allah tahu, kamu tahu apa?" kepada bahasa arab, ayatnya sudah tidak sama dengan ayat Al-Quran dan balaghah nya tidak ada. Mungkin berbunyi "Allah ya'lamu, Maa ta'lamuun?" be careful ..

Sekian, ini sahaja pendapat sy yg dpt sy kongsi..Harap awk dpt terima pendapat ini dan lebih berhati-hati..Ini semua sunnatullah dan ada hikmah di sebalik kejadian-Nya..

Sy hanya insan yg mempunyai ilmu senipis kulit bawang dan masih mendambakan ilmu Allah SWT

Salam ukhwah. Jazakallahu khairan kasiran :)
zaidmujahid said…
waaahh...blog megat bakal hangat ni..hehe! terima kasih anonymous ke-2.. sy pn x mahir bhsa arab. ttp i'Allah sedang berusaha untuk blajar..

sy rase terjemahan yg megat ambil tu dr blog seorang ustaz..

komen saya:
sebaik-baik cara untuk menjiwai al-quran hanyalah dengan memahami dan mendalami bahasa arab..tp walaupun mahir bhsa arab pun stil sukar untuk kita faham intipati kandungan al-quran sebagaimana Allah nak kita faham..dan orang yang paling memahami al-quran ialah Rasulullah (saw) sendiri..dan baginda mengamalkan apa yang Allah kehendaki berdasarkan 100% kefahaman baginda terhadap al-quran. dan yang ke-2 memahami al-quran ialah para sahabat..dan para sahabat bertindak berdasarkan kefahaman mereka terhadap al-quran serta madrasah tarbiyyah nabi sendiri, which is drpd Allah juga..so nak faham al-quran sebagaimana para sahabat faham haruslah dengan pengkajian yang sgt mendalam mengenai bahasa arab itu sendiri, dan juga sirah nabi dan para sahabat..

disebabkan kelemahan kita hari ini, kita terpaksa bergantung pada tafsir2 yang ada..kerana para pentafsir ini merupakan mereka2 yang mahir dalam bahasa arab dan mereka juga mengkaji sirah.

x kiralah kita baca tafsir yang mana sekalipun (yang bertauliah), harap2nya kita dapat 'feel' al-quran tu..

menariknya, maksud ayat2 al-quran tidak mampu diterjemah secara direct oleh bahasa2 lain. ia tidak dapat diterjemah secara tepat satu-persatu ayatnya..ia harus dihurai panjang lebar untuk memahami even 1 kalimah. contoh paling mudah, kalimah 'Ahad', 'Ilah'...dan byk lagi.. walaupun dlm terjemahan disebut maksudnya begitu, tetapi maksud sebenarnya tetap pada kalimah arab itu sendiri..sbb tu lah kalau English version ada byk translation, even malay n indonesia..(ada sesetengah orientalis menggunakan percanggahan translation ni utk attack al-quran dengan mengatakan ayat-ayat al-quran contradict dan boleh diubah-ubah, sedangkan ayatnya, which is the arabic scriptures, stil remain the same. dan maksud ayat itu tidak berubah selama-lamanya).

'sedikit' penambahan dari saya yang masih bertatih mempelajari dan memahami al-quran. terima kasih juga pada anonymous ke-2 kerana perkongsian pendapat.
Anonymous said…
salam,

saya br baca blog ni..sgt menarik!!

tp pelik jg dgn anonymous kedua..apa yg x fhmnya??

saya x rasa salah dlm pentafsiran surah al-baqarah tersebut..

saya nmpak kenapa ramai org melayu skrg x menjiwai al-qur'an..sbb semua main b'gantung je dgn terjamahan bahasa melayu..smpai xleh menjiwai langsung..dn klu saya cakap pasal balaghah, contoh allahu ta'lamu, maa ta;lamun..lg lah salah sgt balaghah nya..jd mcm bahasa direct translation..

sbg contoh, cuba anonymous terjemahkan bahasa 'ma lakum' dlm surah at-taubah ayat 38..mcm mane??nak ikut balagahah nye??

ayat at-takabbur..??ikut balagaha nya..

ayat aj-jabbar..ikut balagahahnye??

ayat al-muntaqimu..ikut balaghah nye??

banyak lg wahai saudara/i...bukan mudah..

klu gtu susahnya belajar al-qur'an, hmm x de harapan lah kt nak belajar ..kerja ustaz je..

bukankah al-qur'an utk ditadabbur???afala ya tadabbaru nal qur'an...dlm surah muhammad..

rujuk balik...

jd x heranlah kwn2 kt baca al-qur'an x menangis2...

saya rasa saudara/i perlu tgk asbab nuzul balik ayat td..lemah lembut??

utk pengetahuan,

x de satu pun terjamahan al-qur'an yg paling lengkap kat dunia...

nak faham al-qur'an hanya dgn bahasa arab die..kene duduk dgn org arab lame2..tgk penggunaan ayat die..mcm mane die ggunakan ayat td dlm kehidupan..baru lah kt tau guna ayat tersebut..

sy x maksud jg apa yg syeik olg ni postkan drpd ayat al-baqarah tu adalah tepat, tp kt nak mancari mana yg paling sesuai..itulah masalah bahasa..mmg sukar nak terjemahkan..

cuba terjemahkan 'apa kono ni jang ' dlm bahasa arab???

boleh ???
Anonymous said…
salam,

saya br baca blog ni..sgt menarik!!

tp pelik jg dgn anonymous kedua..apa yg x fhmnya??

saya x rasa salah dlm pentafsiran surah al-baqarah tersebut..

saya nmpak kenapa ramai org melayu skrg x menjiwai al-qur'an..sbb semua main b'gantung je dgn terjamahan bahasa melayu..smpai xleh menjiwai langsung..dn klu saya cakap pasal balaghah, contoh allahu ta'lamu, maa ta;lamun..lg lah salah sgt balaghah nya..jd mcm bahasa direct translation..

sbg contoh, cuba anonymous terjemahkan bahasa 'ma lakum' dlm surah at-taubah ayat 38..mcm mane??nak ikut balagahah nye??

ayat at-takabbur..??ikut balagaha nya..

ayat aj-jabbar..ikut balagahahnye??

ayat al-muntaqimu..ikut balaghah nye??

banyak lg wahai saudara/i...bukan mudah..

klu gtu susahnya belajar al-qur'an, hmm x de harapan lah kt nak belajar ..kerja ustaz je..

bukankah al-qur'an utk ditadabbur???afala ya tadabbaru nal qur'an...dlm surah muhammad..

rujuk balik...

jd x heranlah kwn2 kt baca al-qur'an x menangis2...

saya rasa saudara/i perlu tgk asbab nuzul balik ayat td..lemah lembut??

utk pengetahuan,

x de satu pun terjamahan al-qur'an yg paling lengkap kat dunia...

nak faham al-qur'an hanya dgn bahasa arab die..kene duduk dgn org arab lame2..tgk penggunaan ayat die..mcm mane die ggunakan ayat td dlm kehidupan..baru lah kt tau guna ayat tersebut..

sy x maksud jg apa yg syeik olg ni postkan drpd ayat al-baqarah tu adalah tepat, tp kt nak mancari mana yg paling sesuai..itulah masalah bahasa..mmg sukar nak terjemahkan..

cuba terjemahkan 'apa kono ni jang ' dlm bahasa arab???

boleh ???
Pemgembara sufi said…
saya setuju dgn anonymous ke-3...

mmg x de bahasa yg paling sesuai utk terjemah al-qur'an..hanyadgn memahami bahasa arab fushah br boleh fhm..

sbb tu lah british ketika masuk ke mesir telah merosakkan bahasa arab menjadi bahasa arab ammi shgg org arab sendiri x fhm bahasa arab..

dan sbb tu lah satu masa dahulu pberlaku pertelingkahan semasa mentafsirkan Allah bersifat -at -takabbur..nak translate mcm mane eh???

al-muntaqimu???lagi susah..

aj-jabbar jgn cakap..mmg payah..tak kan nak letak Allah ni bersifat negative..???

itulah kelemahan bahasa melayu..
kt kene admit..

dan x salah utk kt memberbaharui terjemahan2 dlm al-qur'an..

sbb yg tetapnya adalah ayat al-qur'an..tp ayat terjaemahan boleh sentiasa dikaji..

bagaimana boleh berlaku elbagai tafsiran???

sbb keadaan masa yg berbeza..

sbb tu lahir pelbagai tafsir..ibnu kathir, fi zilal, al-wadih, munir n pelbagai lg..

sbb zaman berbeza.mggunakan prinsip al-qur'an sesaui utk semua zaman, maka ulama' mentafsirkan mengikut keseusaian zaman dan masyarakat zamantersebut..

jd dlm penterjemahan td, mmg kt x leh kata die adalah tetap dn x leh berubah berdasarkan usul 2 dlm usul isyrin...jd penterjemahan br aknsentiasa ada sehinggalah hari qiamat..

tp al-qur'an tidak akn berubah smpai akhir zaman..

jd semua org kene terbuka mindanya..pintu ijtihad x pernah lg tertutup..

tp berjaga2 jg dgn terjamahn drp orientalis..sbb mereka sering ambil peluang utk menghancurkan umat islam..
tp sy yakin terjemahan al-baqarah td mmg sesaui buat masa inimemandangkan masyarakat mmg kene disentak br tergadah..

namun dlm keras ada kelembutan..

marikt belajar utk menambahkan ilmu utk amal..

ayuh!!!!
Feeeel said…
Setuju dgn pengembara sufi!!!

Hujah jelas..menyokong hujah anonymous ke-3..

Mari kt belajar tadabbur al-qur'an..

Bukan berdebat tentang terjemahan..

tp cuba tanya..kt 'feeel" x dgn ayat tu??

yg penting "feeeell" kan..

ks lah ayat ape pun, klu asik melihat kpd sruktur ayat mcm baca novel, tgk kesalahan tata bahasa , smpai ble x fhm kot..
hehe..

apa2 pun, berusha utk feeel kan ayat al-qur'an..
Ingin Belajar said…
Betul2...setuju dgn anonymous ke-3,pengembara sufi dan feeeel..

semua hebat belaka!!!

siapa eh..teringin nak berkenalan dgn ke-3 mereka..
nak menuntutilmu dgn mereka..

sbb teringin nak fhm al-qur'an jg!!

sila lah keluarkan wajah anda..

jgn malu2 eh...
Megat said…
alhamdulillah, bersyukur kerana perdebatan ini akhirnya bertujuan untuk mencari solution, dan tidak mencetuskan perbalahan.

kepada anonymous1, saya harap anda telah faham berdasarkan hujah2 mantap oleh pengembara sufi dan sekelian anonymous lainnya. saya langsung tidak berniat untuk mengubah makna quran, bahkan sebenarnya terjemahan ini diambil daripada blog seorang ustaz bergelar IR di Malaysia. Jadi janganlah salahkan saya. http://faridul.wordpress.com/2010/04/23/handphone-rosak/

Berdasarkan keterangan anda merujuk salah seorang yang pakar tu sebelum "menyerang" blog ni, saya harap anda menimbang setiap info baru yang anda dapat, bukanlah hajat saya ingin merendahkan orang berilmu itu, namun faham2 lah, manusia lemah, takde yang sempurna. Jadi harap saudara/i mengutip seberapa banyak info daripada PELBAGAI info sebelum membuat penilaian. Bukanlah saya berhajat melemahkan semangat saudara/i, cuma ingin juga nasihatkan kepada anda kembali, carilah sumber daripada PELBAGAI "angle", pro, kons, dan tidak mengambil terus bulat2 pendapat orang itu walaupun dia pakar.

Lihat saja hasil perbincangan dalam blog ini, mengumpulkan idea2 daripada pelbagai individu, nah hasilnya, semua idea berbeza2, datang daripada bermacam2 "angle", kesannya pun, insyaAllah muntij..

Saya rasa telah terjawab semua persoalan. Alhamdulillah.
Pengembara Sufi said…
Alhmdlh..

sesuai dgn konsep usul ke-8 usul isyrin...

perdebatan perlulah utk mencari keputisan bukan utk memnangkan hujah masing2..

setiap mujtahid telah berusaha sedaya upaya utk mengeluarkan suatu ijtihad..jd x boleh kt mempertikaikan usaha setiap drpd mujtahid..

bersama2 lah kt memahami dasar kefahaman ad-din berbanding berdebat perkara furuq yg x mendatangkan sebarang hasil..

wallahu musta'an..
Ingin Belajar said…
siapa yg pengembara sufi??boleh saya berkenalan..nak belajar drpd saudara tngtg ad-din..
Anonymous said…
salam,

saya baru dgr tafsir fi zilal (syed qutb) tntg terjemahan ayat yg dibalahkan di blog ini..

mmg syed qutb menjelaskan maksud ayt tu spt penulis blog postkan..

Allah maha tahu..kamu tahu apa!!!
Pencinta Keadilan said…
Betul2...boleh rujuk tafsir fi zilal..mmg irama arab begitu..sbb ayat tu bkn slm keadaan lembut spt anonymous ke-2 ckp..ayat tu spt arahan dan amaran Allah..berkaitan pengetahuan Allah tntg qadarNya...
b.u.l.a.n said…
kamu, ni la yg sy belajar di ISK & IPK. :)

Popular posts from this blog

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

Tazkirah Demi Masa

FCPO Daily - 8 August (Opening)