pengembaraan di negeri orang


Genaplah 2 bulan seminggu di tanah Zealandia. Pelbagai yang telah dilalui, ada yang pahit ada yang manis. Namun kenangan di tanah air tetap tidak dilupakan. Hidup dirantau orang membuatkan kita lebih mengenali budaya masyarakat lain, ada yg pros, ada yang cons, kalau nak dibandingkan dengan budaya masyarakat sendiri. Tak dapat nak komen sbb masing2 ada pandangan tersendiri. Namun apa yang nak dikomen adalah budaya masyarakat sendiri di negara orang.

Suka saya untuk meluahkan rasa hati disini, masyarakat muslim di Wellington ini umum nya kian meningkat dari tahun ke tahun. Kuantiti memang bertambah, tapi kualiti agak menyedihkan. Tak semua yang mampu mempraktikkan pegangan akidah Islam yang praktikal. Erti sebenar islam itu tidak difahami sebenar-benarnya. Jika diambil contoh, mungkin dapat kita bezakan antara "islam - bermula dengan "i" huruf kecil" dan Islam - bermula dengan "i" huruf besar". Dapatkah anda sendiri membezakannya?

Inilah perkara yang sedikit menduka citakan, namun nak salahkan siapa kalau tak diri sendiri yang disalahkan, ibarat kita yang membiarkan mereka sebegitu. Kefahaman islam itu mudah, tapi boleh jadi dirumitkan. Kefahaman islam itu boleh dicapai tapi dirumitkan dengan perkataan "tak nak". Suka untuk saya katakan bahawa seronok sekali jika aku dapat berkongsi kefahaman islam ini dengan semua. Namun begitu, kefahaman islam ini juga ini dikongsi bersama semua kenalan, bahkan di seluruh dunia, telah bertebaran sahabat2 ku ketika disekolah dahulu. Seluruh dunia, dari UK hingga ke Rusia, New Zealand, Mesir, Australia, Malaysia, Perancis... Semua ada... Alangkah indah kalau kita semua kenali apa islam itu yang sebenar?

Aku tinggalkan nukilan ini dengan persoalan:

Apakah islam itu? Apakah benar aku memahaminya?

Tips untuk post seterusnya:

Semua manusia ini ada kelebihannya masing2, yang tersendiri.

jazakallah, maaf atas semua salah =)

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Demi Masa

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

FCPO Daily - 8 August (Opening)