 © pencariantaksemudahdiduga™ 2011  pencarian tak semudah diduga: April 2010

Sunday, April 25, 2010

Setiap insan adalah istimewa

bertemu kembali, salam.

mari sambung perbincangan yang lalu..

tentang islam yang sebenar.. kefahaman islam yang kita anuti sejak lahir.. alangkah bersyukurnya kita mendapat nikmat itu sejak lahir, sedangkan rasulullah, abu bakar as siddiq, umar dan ramai lagi mengalami zaman jahiliah tanpa islam, sedangkan kita sejak lahir lagi telah diasuh dengan cara islam - terima kasih kepada ibu ibu dan bapa bapa. Namun hakikatnya, ini semua tidak bererti jika kita hanya kenal islam disebabkan asal keluarga. Tidak seperti rasulullah dan lainnya yang memahami islam itu sendiri dengan hati, bahkan sanggup mempertahankan akidah kepada Allah. Inilah kesan yang sangat jelas kalau kita faham islam itu secara mendalam. Oleh sebab itu, aku ingin mengajak anda semua ke jalan ini - jalan memahami islam yang sebenar. Mulakan usia kita seterusnya ini sebagai satu hayat yang baru - Age of Enlightenment. Usia2 pencerahan ini perlu kita lakukan segera agar kefahaman islam itu menyerap ke dalam darah daging kita, agar kita terus membesar dengan kefahaman yang sebenar, seperti mana rasulullah faham islam itu..

SETIAP MANUSIA ADALAH ISTIMEWA

Siapa kita yang sebenarnya? Manusia? Muslim? Kenapa saya mengatakan yang setiap manusia adalah istimewa? Cuba anda fikirkan tentang diri anda sendiri. Apa kelebihan saya? Pandai melukis? Pandai berpidato? Pandai membaca? Pandai berlari? Jika masih tidak percaya yang masing2 daripada anda adalah istimewa, cuba tanya rakan anda. Jika masih segan, cukuplah sekadar bertanya kepada aku. Maka hanya dengan melihatmu seketika, aku akan dapat mencari apakah kelebihan mu. Kerana aku yakin bahawa setiap manusia adalah istimewa dan ada kelebihan masing2. Mari kita ambil contoh mudah. cuba lihat gambar dibawah ni... apakah kelebihan mereka?




Sekarang.. yang ni pula...




*kalau tak tahu siapa yang dalam gambar tu,boleh la google, ataupun tanya je kepada aku :)


Baiklah, mereka2 yg dalam gambar tu sudah terkenal dengan kelebihan mereka masing2. Mereka istimewa. Mereka dikagumi. Mereka berpengaruh. Mereka adalah Siti, Mawi, Lennin (Pemimpin Nazi). Semua mereka dikenali ramai disebabkan kelebihan mereka tersendiri. Bagaimana pula dengan kita? apakah kelebihan kita?

Saya tinggalkan anda sejenak untuk berfikir. Siapakah Aku? Apakah kelebihanku?


Hint untuk next post:

Potensi@Kelebihan anda akan hebat sekiranya...
i)Tahu menggunakannya.?
ii)Betul penggunaannya..?


Jazakalllah.

Saturday, April 24, 2010

pengembaraan di negeri orang


Genaplah 2 bulan seminggu di tanah Zealandia. Pelbagai yang telah dilalui, ada yang pahit ada yang manis. Namun kenangan di tanah air tetap tidak dilupakan. Hidup dirantau orang membuatkan kita lebih mengenali budaya masyarakat lain, ada yg pros, ada yang cons, kalau nak dibandingkan dengan budaya masyarakat sendiri. Tak dapat nak komen sbb masing2 ada pandangan tersendiri. Namun apa yang nak dikomen adalah budaya masyarakat sendiri di negara orang.

Suka saya untuk meluahkan rasa hati disini, masyarakat muslim di Wellington ini umum nya kian meningkat dari tahun ke tahun. Kuantiti memang bertambah, tapi kualiti agak menyedihkan. Tak semua yang mampu mempraktikkan pegangan akidah Islam yang praktikal. Erti sebenar islam itu tidak difahami sebenar-benarnya. Jika diambil contoh, mungkin dapat kita bezakan antara "islam - bermula dengan "i" huruf kecil" dan Islam - bermula dengan "i" huruf besar". Dapatkah anda sendiri membezakannya?

Inilah perkara yang sedikit menduka citakan, namun nak salahkan siapa kalau tak diri sendiri yang disalahkan, ibarat kita yang membiarkan mereka sebegitu. Kefahaman islam itu mudah, tapi boleh jadi dirumitkan. Kefahaman islam itu boleh dicapai tapi dirumitkan dengan perkataan "tak nak". Suka untuk saya katakan bahawa seronok sekali jika aku dapat berkongsi kefahaman islam ini dengan semua. Namun begitu, kefahaman islam ini juga ini dikongsi bersama semua kenalan, bahkan di seluruh dunia, telah bertebaran sahabat2 ku ketika disekolah dahulu. Seluruh dunia, dari UK hingga ke Rusia, New Zealand, Mesir, Australia, Malaysia, Perancis... Semua ada... Alangkah indah kalau kita semua kenali apa islam itu yang sebenar?

Aku tinggalkan nukilan ini dengan persoalan:

Apakah islam itu? Apakah benar aku memahaminya?

Tips untuk post seterusnya:

Semua manusia ini ada kelebihannya masing2, yang tersendiri.

jazakallah, maaf atas semua salah =)
back to top Twitter Bird Gadget