 © pencariantaksemudahdiduga™ 2011  pencarian tak semudah diduga: January 2015

Sunday, January 25, 2015

Ibu bapa dan kita

🌻🌻sejauh mana kita spend masa dengan ibu kita?🌻🌻

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang sahabat.
Seorang   suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.
Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..
Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..
Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..
Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.
Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Tanya dia pada ibunya. Ok ke ibu. Ibu seronok ker?
Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.
Nanti saya bawa ibu lagi yer.
Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..
Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.
Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar...
Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya. 
Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..
Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.
Itulah mak.....ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka...
Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.
Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.
Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik.

Peranan Generasi Muda

Talk Sheikh Jumuah Amin : Peranan Generasi Muda

sheikh jumuah amin, naib mursyidul am IM.
sgt gembra bertemu ikhwah seluruh dunia. ini menunjukkan islam bersifat internasional. tidak ada zaman... setiap akh bila bertemu saidara lain; saudara. ..umah telah mellalui saat2 yg getir. cabaran harini...
peperangan antara muslim dan kfuur bukan benda baru. allah sebut dlam quran sebagai pertembungan yg saling tolak menolak. pertembunhan ini akan berterusan. ibnu abbas berkata "suatu hari kita menang; satu hari kita jadi musibah". allah ciptakab manusia utk sampaikan risalah dari labgit (lelaki dan wanita). tjawab ini jelas sejak hari pertama manusia dicipta. allah taala menyebut "makan apa2 shj disini, jgn kamu berdua menghampiri pokok ini". arahan utk bersabar, arahan utk berjuang ini telah lama.
Allah swt menurunkan Quran utk jadi petunjuk kpd kita. menjadi IM dgn Sibghah Rabbaniyyah. hadapi kebatilan dgn tsabat dan kaki yg teguh. sabda nabi "jika matahri dan bulan.. aku akan terus dengan dakwah ini". kita tak mampu dgn kebatilan ranpa banruan Allah. kita perlu brgantung kpd Allah agar mampu berdepan dgn kebatilan. jadilah kamu para abid2 sebelum kamu jadi pemimpin2. sesungguhnya ia akan menjadikan kamu sebaik2 kepimpinan.
para sahabat adalah org2 yg solat dimalam hari dan byk berpuasa di siang ahri. "wahai dunia kau tipulah selain aku.. mata mereka menanhis, byk rukuk dan sujud" inilah tarbiayh Rasulullah. mereka benar dalam janji mreka. mereka tidak akan sekali2 inhkar janji. mereka telah membawa manusia di dunia kpd islam. pemuda yg dibentuk oleh Rasillah. rasullah tabiyah pemuda yg dekat kpd Allah. jgn sekali2 taati arahn org yg ajak selain dari Allah. hendaklah kamu sujud, berdakwah dan istiqawamh. 5 cri2 para sahabat
akhalah manat
iman teguh
pembentukan yg rapi dan teliti
amal berterusan
kesedaran
mereka adalah rijal 
apabila kita melihat keadaan muslimin harini, byk yg beliau lihat umat dlm keadsan teruk (iman dan akjlak). barangkali sudah tidak ada harapan... kecuali sedikir drpd mereka. kata2 yg baik. 2 ikatan utk kembali kpd Islam
ikatan keimanan. hak kpd Allah
ikatab ukhwah. hak seorang kpd seorang muslim.
rasulillah suruh banhun pada waktu malam, bacalah quran. allah akan campakkan kpd englau bebanan yang berat. bangun utk baca quran.  tak mungkin Allah beri kemenangan tanpa iman yg kuat. generasi yg terlepas yg dibina oleh Rasulah. "dunia di belakang mereka". dahulu bertelanjang, kaki ayam, berzina.. setelah islam mereka brubah emenjadi sebaik baik umat.
sejarah islam penuh gn peristiwa yg penuh dgn pengajaran. kata panglima zaman abu bakar "minta bantuan 4000 tebtra yg kuat". abu bakar hantar 4 orang. abu bakar menyebut "fulan bin fulan x4, setiap seoranh drpd mereka sama denga 1000 orang". ketika abu bakar "allah tala memberi kemenanhan denhan menhikut serapat mana kamu dgn Allah dan berapa jauhnya kamu drpd maksiat." umar mengucapkan "perkara tg plgtakut ialah bkn musuh2 kamu, tetapi dosa2 kamu krn ia menjadi hijab". amal yg soleh ialah yg kamu bawa utk bertemu musuh2 - abdullah ibnu rawahah. musuh mejadi kecil dan sedkkit. rabii amir seorang tentra islam berucap dijempeut oleh pangklima parsi "allah tala yg mebgutuskan kami. kamj dtg kerana Llah ut mengeluarkan manusia drpd sembah manusia utk senbah Llah. drpd kezaliman, kesemptian dunia"...
merasi Allh bersama dgn kita. sesiapa yg Allah bersam dgnnya. segal2nya ajdi kecil, musuh jadi takut dgnnya. sepertimana allah menyifatkan generasi yg benar2 beriman kpd Allah. mereka adalah
sikit tidur dimalam hari
subuh mereka beristighfar kpd Allah
memenuhi hak org yg meminta
Allah telah membeli mukmin jiwa dannharta mereka. merka membunuh danbterbunuh di jala Allah. 8 sifat dlm ayat lain
beribadah
banyak rukuk sujud
inilah sifat mentaliti keimann yang patur ada dlm diri kita. para shabat memahmi perkara ini dengan benar dan mantap.  bkan kamu yg membunuh, bukan kamu yang melontar. seorang hamba yg rabbani yg jalan dan tunduk patuh kpd Allah. berapa ramai muslim tak jaga solat sbuh, fardhu dan solat rawatib.
keimanan diatasnya terbinanya binaannha. iman tidak mhnhkin benartanpa amml. tanpa amalan ridak terbukyi kebenaran. deen dan daulahbtak dpt dipisahkan. iyya kanak budu "kpdmu tuha kami sembah" laksanakan tugas secara jamaah. tidak mungkin realisasi ibadah jika kita hny seorang diri. ibnu qyyim "apa guna ukhwah... " doa nabi musa "rabbish rahli sodri" -permudahkan simpulan lidah... nabi musa meminta drpd Allah agar menjadikan Harun sebagai pembantu. ikatan ukhawah selepas ikatan dgn Allah swt.
penutup. selepas memahani islamndgn sepenuhnya, ada tuntukan utk kkta. org2 sekeliling rasulullah sebagai (allah sifatkan)
keras keatas org kafir, lembut sesama muslim
sujud rukuk
tanda2jelas pada wajah mereka. tanda2 sujud
islam tidam akan tertegak hanya dgn beribdah. kena jaga uhwah sesama muslim. sabda rasulillah "katakanlah aku beriman kpd Allah taala, hendaklah aku istiqamah dgn kata2nya". org malaysia org yg baik, yg inginkan islam. kita eratkan hubungan sesama kita.  hadis - allah memmbahgikan akhlaq umoama reziki (kurang dan lebih). rezkiki allah kpd semua, tetapi akhlaq yg baik ni Allah beri kpd org2 yg dikasihinya. nikmat Akhlaq. smeoha kita jadi pejuang2 agama. semuga diberi kemenangan.

Pengisian Sheikh Jumu'ah Amin di Masjid Negeri Shah Alam

Semoga sheikh kini ditempatkan bersama para syuhada. وفاة الشيخ جمعة أمين نائب المرشد صباح اليوم رحمه الله رحمة واسعة
http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=219586&SecID=211

انا لله وانا اليه راجعون

Allahu'alam



Thursday, January 22, 2015

Romancinta



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/10/lirik-lagu-romancinta-mojo-roman-cinta.html#ixzz3PS9ugDRt

Sunday, January 11, 2015

38 Wajibal Al-Akh

38 Wajibal Al-Akh

1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. 

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. 

4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. 

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. 

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. 

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. 

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. 

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. 

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. 

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. 

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. 

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya

16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir

17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. 

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. 

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. 

25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. 

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. 

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya

36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam

37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah andaterutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. 


back to top Twitter Bird Gadget