Posts

Showing posts from December, 2014

Tazkirah Demi Masa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 1.وَالْعَصْرِ Demi masa. 2.إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3.إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Pengajaran: 1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya. 2) Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya. 3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah. 4) Berpesan-pesan kepada kesa

3T

3T T - ta'rif(pengenalan) T - Takwin(pembinaan) T - Tanfiz(pentauzifan@tugasan) Konsep yang mudah pada penulisan. Namun susah pada perlaksanaan.  Dalam mencapai muratib amal yang tertinggi, konsep 3T terletak proses terawal iaitu pembentukan peribadi muslim.  Masalah yang berlaku dalam 3T adalah fokus yang banyak diberikan kepada T yang pertama( taarif) dan T yang terakhir(tanfiz).  Akhirnya, lahirlah mutarabbi yang hadir semangat bukan pada kefahaman dakwah, tapi pada keseronokan dan aktivisme.  Kepentingan Takwin adalah selamanya terpenting dalam pembinaan manusia. Proses takwin yang dimulai usrah dan wasilah2 tarbiyah yang lain adalah proses anjakan perubahan from zero to hero.  Mutakhir ini, ramai mutarobbi yang dinaikkan tahapan bukan kerana kefahaman, tapi penglibatan dalam aktivisme. Akhirnya, bila ditanya tentang asas2 dakwah, qawaid dakwah, kitab2 fikrah, seolah tiada yang pernah didengari.  Ini merupakan satu masalah yang sangat besar. Tarbiyah adalah asas kepada pembangu

Pesanan Ibn Qayyim

📜من روائع ابن القيم يقول ابن القيم رحمه الله:📋 ☝☝☝☝☝☝ مجالسة الصالحين تحولك من ستة إلى ستة:📚📚 1- من الشك إلى اليقين. 2- ومن الرياء إلى الإخلاص. 3- ومن الغفلة إلى الذكر. 4- ومن الرغبة في الدنيا إلى الرغبة في الآخرة. 5- ومن الكبر إلى التواضع. 6- ومن سوء النية إلى النصيحة. 👬👬👬👬👬👬👬 فالفرد بدون صحبة الصالحين كاليد بدون أصابع ...✋👍 Interaksi dengan orang2 soleh akan merubah dirimu Dari enam keadaan kepada enam keadaan yg lain : 1. Dari syak kepada yakin 2. Dari riyak kepada ikhlas 3. Dari lalai kepada zikir 4. Dari keinginan duniawi kepada ukhrawi 5. Dari sombong kepada tawadhuk 6. Dari niat yg buruk kepada sikap menasihati. Seorg individu tanpa teman yg soleh umpama tangan yang tiada jemari. Ibnu Qayyim Al Jauziyyah

Peringatan / Tazkirah

Apabila kita perhatikan manusia, kita akan menemukan 4 model ini: 1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia. 2. Orang yang taat tapi hidupnya susah. 3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia. 4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara. Bila anda berada pada nombor satu, itu hal biasa, kerana Allah berfirman: «مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ» "Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". (An Nahl: 97) Bila anda berada pada nombor 4, ini juga hal biasa. Kerana Allah mengatakan: «وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى» "Dan barang siapa yang

🌹Mewangi🌹

Selamanya Hati ini akan selalu memujamu Mencintaimu Seumur hidupku hanyalah padamu Waktu Dengarkanlah Selalu dekatkan ku dengannya Indah Ku menutup mata Satukanlah hati Jadikan malamku lebih indah Jadikan siangku lebih terang Biarkan bungaku mewangi Selamanya Selamanya Hati ini akan selalu memujamu Mencintaimu Seumur hidupku hanyalah padamu Waktu Dengarkanlah Selalu dekatkan ku dengannya Indah Ku menutup mata Satukanlah hati Jadikan malamku lebih indah Jadikan siangku lebih terang Biarkan bungaku mewangi Selamanya Jadikan malamku lebih indah Jadikan siangku lebih terang Biarkan bungaku mewangi Selamanya Jadikan malamku lebih indah Jadikan siangku lebih terang Biarkan bungaku mewangi Selamanya 🌹http://youtu.be/I4fqE3hPdcI🌹

Tazkirah Jumaat

🌻🌻tazkirah pagi Jumaat🌻🌻 فتاﺓ ﻣﺘﺰﻭﺟﺔ ﻣﻨﺬ ﻓﺘﺮﺓ ﻗﻠﻴﻠﺔ ﻭﻛﺎﻧﺖ ﺗﺤﺚّ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭﺗﻮﻗﻈﻪ ﻋﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻭﻓﻲ ﻳﻮﻡٍ ﻣﻦ ﺍﻷﻳّﺎﻡ ﺃﻳﻘﻈﺘﻪ ﻓﺘﺄﺧّﺮ ﻗﻠﻴﻼً ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺗﺘﻪُ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻭﺻﻠّﻰ ﻣﻊ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ، Seorang wanita muda yang baru berkahwin sentiasa menggalakkan dan mengejutkan suaminya untuk solat subuh berjemaah. Pada suatu hari, si isteri terlewat mengejutkan suaminya sehingga si suami terlepas untuk solat subuh berjemaah bersama jemaah yang pertama dan terpaksa berjemaah dengan jemaah yang kedua. ﻓﻠﻤّﺎ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻣﻦ ﺻﻼﺗﻪ ﺟﺎﺀ ﺇﻟﻴﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ: ﺃﻧﺖ ﺯﻭﺝ ﻓﻼﻧﺔ  ؟ ﻓﺼُﺪِﻡ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ : ﻭﻣﺎ ﺃﺩﺭﺍﻙ ﺑﺎﺳﻢ ﺯﻭﺟﺘﻲ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ : ﻭﺍﻟﻠﻪ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻓﻲ ﻣﻨﺎﻣﻲ ﻛﻞّ ﺃﻫﻞ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨّﺔ ﻭﻣﻌﻨﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻭﺍﺣﺪﺓ! ﻓﺴﺄﻟﺖُ ﻋﻨﻬﺎ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻲ: ﻓﻼﻧﺔ ﺯﻭﺟﺔ ﻓﻼﻥ , ﻓﺮﺟﻊ ﺍﻟﺮﺟﻞ إﻟﻰ ﺑﻴﺘﻪ ﻟﻴﺒﺸِّﺮ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﻓﻠﻤّﺎ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﺭﺃﻯ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﺳﺎﺟﺪﺓ ﻭﻗﺪ ﻓﺎﺿﺖ ﺭﻭﺣﻬﺎ ﺇﻟﻰ بارئها. Setelah selesai solat, imam masjid datang kepadanya serta bertanya: Anda suami kepada si fulan? Si suami terkejut dan bertanya: Bagaimana tuan imam boleh mengetahui nam

Doa doa para rasul

Doa2 para nabi ​👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕     آدم     💕💕💕 "ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين" 👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕     نوح    💕💕💕 "رب اغفر لي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمناً وللمؤمنين والمؤمنات ولاتزد الظالمين إلا تبارا" 👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕     هود    💕💕💕 "إني توكلت على الله ربي وربكم ما من دآبة إلا هو آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم" 👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕  أبراهيم  💕💕💕 "رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء ".                              "ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم"                 👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕   يوسف   💕💕💕 "فاطر السموات والأرض أنت وليي في الدنيا والآخرة توفني مسلما وألحقني بالصالحين"  👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕   شعيب   💕💕💕 "وسع ربنا كل شيء علما على الله توكلنا ربنا أفتح بيننا وبين قومنا بالحق وأنت خير الفاتحين"  ​👑👑👑👑👑👑👑👑 💕💕💕   موسى   💕💕💕 "رب بما أنعمت علي فلن أكون ظهيرا للمجرمين رب ا

Nu'man b Tsabit

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu. "Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir." Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah. "Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil. "Nu'man namaku.", jawab sang imam. "Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil. "Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku." "Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran." "Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal ji

Aku Budak Tarbiah

Bismillahi Allahuakbar Terpukul dengan coretan ini.. [Aku Budak Tarbiah] Budak tarbiah Yang dulunya malam ku tak lena memikir ummah. Yang dulu taujihatku berdegar-degar menggugah. Yang dulu menjaga segala ibadah. Tak pernah serik walau dihempas mehnah. Aku budak tarbiah. Yang dulu syadidku bertempat. Bermuamalah menjaga ikhtilat. Yang dulu pandanganku tersekat. Kini, ada apa pada budak tarbiah? Konon sudah serik berjuang Ingin berehat tanpa tekanan. Apa jadi pada budak tarbiah? Bangun malam pun sudah jadi perkara luar biasa. dulu Zikir dan tilawah meniti di bibir segar. Kini hanya perbualan sia2 menghuni bibir gersang. Hambar. Mana hilang budak tarbiah? Apa khabar iman? Adakah masih segar? Adakah masih berhati tegar? Apa khabar ummah? Adakah masih kau hiraukan? Atau hanya menyempitkan fikiran? Baitul muslim asyik diutarakan? Aku rindu.. Pemuda2 yang tidak tidur lena memikirkan masalah ummah. Aku rindu pemuda2 yang serius dalam mencari penyelesaian masalah. Aku rindu pemuda2 yang sering