Posts

Showing posts from November, 2014

Pengalaman Dari Penjara

Kalam | Tarbiyyah Penjara bagi seorang Ulama Salah seorang ulama besar di Mesir Dr Solah Sultan telah dipenjarakan di Mesir sejak rampasan kuasa oleh tentera di sana pada tahun 2013. Baru-baru ini beliau ada menulis sebuah surat berkenaan pengalaman beliau di dalam penjara:  Allah SWT telah memberi hidayah kepada ku serta aku berasa gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat berikut disini (penjara): 1-Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam bacaan Solat, bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku, memandu hari aku serta merubah tindakan aku. 2- Aku telah mendapat ijazah dalam periawayatan Hadis Bukhari, ini adalah cita-cita aku sejak sekian lama. 3- Aku telah membaca ratusan kitab berkenaan tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dll yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan tempoh 5 tahun untuk baca. 4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj alquran dan tafsir, iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah di seluruh dunia.

Ulangkaji: Al Fatihah

Ulangkaji: Saat اَللّهُ  MENJAWAB AL-FATIHAH dalam solat kita" Ramai sekali orang yang  membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita. Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ  SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman: "Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU." ■ Artinya, tiga ayat di atas Iyya ka na'budu Wa iyya ka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat  ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA. ■ Ketika kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin". اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU." ■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkan-KU." ■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU memuja-KU." ■ Ketika kita mengucapkan “Iyya ka na’ budu w

Tadabbur hadith 1

Hadith 1 yang disusun oleh Imam Nawawi dalam satu aspek menunjukkan betapa rahmahnya Allah s.w.t dalam memberi kesenangan untuk hambaNya untuk melaksanakan ibadat.  Setiap perbuatan yang berlandaskan Syariat jika niatnya kerana Allah dan Islam Insyaallah akan mendapat ganjaran pahala. Lihat kepada kerja memetik buah atau apa-apa yang berkaitan dengan kerja perladangan. Dari satu pandangan, kerja tersebut nampak tidak banyak manfaatnya. Tetapi cuba kita tetap niat kepada Allah dan Islam seperti: 🍑Dengan buah yang dipetik, moga2 salah satu dapat menarik seseorang terhadap Islam dek kerana keenakannya. 🍒Dengan menunjukkan kesungguhan serta disiplin kerja yang mantap. Moga-moga pekerja dan pemilik ladang dapat melihat sisi Islam dan tertarik untuk mengenalnya. 🍐Melalui buah-buahan yang dipetik, kita ingin mengenal Allah, pencipta seluruh alam, justeru merapatkan hubungan dengan Rab kita. Dengan menetap niat yang betul, secara langsung kita telah meletakkan satu destinasi serta kerangka

Sepuluh Cabaran Terbesar Ekonomi Malaysia 2015

SEPULUH CABARAN TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015 Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan: 1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun. Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pi