Posts

Showing posts from October, 2014

Menemukan khusyuk yang hilang

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG. Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja. 1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja. 2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal. Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya. 3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.   4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah. Saya bentang

Muharram 1436H tiba!

Muharram 1436H Tiba! بسم الله الرحن الرحيم Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat 🌋.  Sudah bersediakah  kita dengan bekalan amalan?  Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...  Ramai daripada kalangan masyrakat yang bertanya:❓    Benarkah sebaran mengenai catatan  amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram? Dan benarkah ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram? ☀☀☀ Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.  Antaranya, 🐪 hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, 👓membaca doa awal tahun dan buku  catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru. ➡HIJRAH: Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiqal-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubara