Posts

Showing posts from August, 2014

"TaaHaa" [Part 2]

Image
Salam alaikum wbt, Ok jom sambung bukak quran balik. We continue from previous post. [4 ] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. [5 ] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. [6 ] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. [7 ] Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. [8 ] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. Seterusnya dalam sambungan ayat daripada yg sebelum ini, Allah menceritakan pula tentang dirinya. Jika sebelum ini tentang alquran, seterusnya Dia menceritakan pula perihal dirinya yg Maha Kuasa. Serba sedikit, kita dapat mengenali sifat Allah daripada kumpulan ayat diatas. Antara sifat/ciri

"Taahaa" [Part 1]

Image
Salam alaikum warah matullah, Dah lama tak menulis >.< Kurang seminggu yang lalu, kami menerima kunjungan Pakcik (Ustaz) Nouman Ali Khan (NAK), a famous youtuber - with his Bayyinah.tv. Please subscribe as you will be amazed with all the content ^_^. Kunjungan Pakcik NAK memberi perkongsian berkenaan Surah Taahaa. Saat ini masih tak terfikir kehebatan surah ini hinggakan mampu menjadi surah yg mengetuk pintu Sayyida Umar al-Khattab. Surah ini merupakah surah ke 20 dalam al-quran yg mana disusun selepas surah alkahfi (18), kemudian surah maryam (19). Kedudukan surah ini sebagai surah ke-20 sebenarnya bukanlah tiada sebab, namun pastinya susunan Allah itu yg terbaik dan sesungguhnya letaknya ia selepas surah alkahfi dan maryam pastinya membawa sambungan mesej daripada surah-surah sebelumnya. Ini muqaddimahnya. Bahagian pertama, saya akan membawakan sedikit tadabbur (nanti saya post apekejadahnye menda ni :D) berkenaan surah ini hasil refleks selepas mendengar pe