Posts

Showing posts from March, 2011

Siapa Super Saiya Yang Sebenar?

Image
"sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya" Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah. Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka? Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Beginilah "Super Saiya" seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Tunggu ape lagi? Ramai sedang ke sana, malah sudah ramai bergelar

.islam?.

Image
Bismillah. Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Semoga semua pembaca dirahmati Allah! Melihat tajuk diatas, sudah pasti anda telah mendapat idea, bahawasanya tajuk perbincangan pada kali ini, setelah berkarat blog ini, adalah mengenai 'islam'. Jika masing2 daripada kita ditanya tentang "islam", sudah pasti bertalu-talu jawapan yang akan keluar. Namun sudah pasti jawapan yang dikeluarkan oleh setiap individu itu berbeza. Masakan jadi begini? Bukankah islam itu satu? Bukankah islam itu sama saja? Apa yang membezakannya? Nah, tepuk dada, tepuk kepala, cuba anda tanya diri anda sendiri! =) Perbezaan pendapat mungkin berlaku berdasarkan kefahaman setiap individu yang berbeza. Sepertimana yang diceritakan hadis, jawapan2 Rasulullah juga berbeza-beza, apabila baginda ditanya mengenai islam. Begitu juga persoalan mengenai; apakah amalan yang boleh membawa kita ke syurga?, jawapan Rasulullah juga berbeza-beza kan? **Betulkan saya jika salah tang ini** Seterusnya, walau apa pun ja