Posts

Showing posts from August, 2009

{deria keenam}

Image
Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan. Amati peristiwa ini : Affan mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah epal tersebut. Affan menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu dipanaskan semula. dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni pun bagus juga.' Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. W

{permulaanku}

Image
bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha mengasihani, sesungguhnya aku adalah hambamu yang sentiasa ingin mengecapi rasa menjadi hambaMu. hari ini bermulalah satu kehidupan baru. aku mula menulis blog! selepas dirasakan ia satu tindakan yang tidak sia2. banyak yang boleh diperolehi sebenarnya; luahan perasaan yang ntah sapa2 mendengarnya, belajar menulis english yang ntah sapa2 membacanya, penhebahan info, etc. kepada pembaca2 sekalian, selamat berhibur! jazakallah, terima kasih, kawp kun.